Jumaat, 13 Jun 2014

RAMADHAN PESTA MAKANAN ... JOM UBAH KEPESTA IBADAH

Ramadhan akan menjelma lagi... 
Adakah kita telah bersedia untuk menghadapinya...
Bagaimana dengan keadaan kesihatan kita di dalam menghadapi suasana berpuasa...
Marilah kita berkongsi maklumat berkaitan puasa dari segi kesiharan..

Maklumat ini kita kongsikan dari 
Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

       Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah puncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah merupakan PESTA IBADAH. Banyak peristiwa besar berlaku di dalam bulan puasa antaranya PERANG BADAR dan berbagai lagi. Ia menunjukkan kekuatan ummat.

        Pada masa kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan paling besar adalah Bulan Pesta Makanan.

      Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturahim, musim perubatan, masa hilangkan ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan memperbaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa adalah:-

1.    Menghimpunkan Makan Malam Dengan Berbuka Puasa. 
Ini adalah satu kesilapan. Nabi Muhammad saw berbuka puasa dengan 3 biji kurma (makanan yang tinggi pottasium seperti Makanan Bergula Perang... bukannya bergula putih) dan air kosong. Buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak)Satu cara adalah elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ini akan menyebabkan maasalah yang serious terhadap kesihatan.

2.    Jangan Window Shopping ke Bazar Ramadhan. 
Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3.     Jangan Lewatkan Solat Maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel.  1 Kilo berat badan mempunyai 10000 trillion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. ...ALLAHUAKBAR...

4.    Jangan Lebih Lima Jenis Makanan Dalam Satu Hidangan.
Selepas solat maghrib, sela sudah dapat tenaga. balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Pastikan makanan tidak melebihi lima jenis makanan dalam satu hidangan. Hidangan yang terbaik adalah Nasi, Lauk, Sayur, Buah dan Air.

5.    Selepas Makan Malam, Sangat Baik kita MANDI dengan AIR BATU. 
Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan Mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung Mandi dengan cara basahkan rambut tapi badannya tak basah.

6.    Minum Air Selepas Mandi.
Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air dicampur 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar diblender.

7.    Pastikan Ringan Ambil Moreh.
Makan makanan selepas pukul 10.30 malam adalah kemudaratan yang besar. Masa ini tenaga sudah penuh dalam badan. Masa ini aktiviti yang terbaik adalah tadarus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti  atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan bolehmenjadi pegangan kita seterusnya.

8.    Sebaiknya Tidur Sebelum Pukul 12.00 Malam.
Hendaklah kita tidur sebelum jam 12.00 malam bertujuan untuk kerehatan. Jangan Pasang Lampu semasa tidur kerana Pasang Lampu meningkatkan KOlestrol 4 kali ganda.

9.    Bangun pukul 3 pagi.
Sila bangunkan diri pada pukul 3.00 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarag dengan merenjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh Mandi. Tiada Masalah kesihatan.

10.  Sempurnakan 13 rakaat Solat.
Hendaklah kita sempurnakan 13 rakaat solat, sunat wudhu, taubat, tahajud, hajat dan witir.

11.  Selepas Qiam, Boleh Tidur tetapi ringankan seperempat.
Masa ini dilangit ada Spektro berwarna merah jambu antara jama 3.00 hingga 5.00 pagi. Masa ini ALLAH anugerahkan kesembuhan keopada banyak penyakit.

12.   Sahur.
Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elakkan cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak shur panaskan dan campur garam.

13.    Selepas Sahur, Terus Solat Subuh Berjamaah.

14.    Jangan Tidur selepas Subuh.
Gangguan keapada hypotanamos akan berlaku jika tidur selepas Subuh. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

15.    Tidur Qailullah ( 1 jam sebelum Zohor).
1 minit tidur pada masa ini bersamaan tenaga tidur sejam waktu biasa.


NOTA:-
Cara Makan Kurma..
60% kebaikan berada pada selaput permukaan kurma. Masukkan sebiji kurma dan akhir sekali keluarkan biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.. AJWA, MABROM, SAPAWI dan MARIAWI.

PUASA ADALAH DETOKSIFIKASI. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.

Sebelum sampai Ramadhan, kita hendaklah berazam untuk berlatih tingkatan ibadah dengan LATIHAN PRA RAMADHAN

Semoga ianya memberi panduan kepada kita untuk mengharungi bulan puasa dengan mendapat keredhoan ILAHI..

WASSALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan