Khamis, 12 Jun 2014

3 KATA SEDERHANA

Bagi pasangan suami isteri, komunikasi adalah sesuatu yang sangat penting. Diantara kata-kata itu, ada tiga kata sederhana yang dalam seharian memberi impak yang sangat besar.

Kata-kata berkenaan adalah:-

"SINI AKU BANTU" Relakan waktu anda dan usahakan tanpa berfikir lebih lanjut.

"AKU MENGHORMATI KAMU" Kekaguman terhadap pasangan. Meninggikan statusnya di mata anda.

"AKU RINDU KAMU" Tiga kata atau perkataan ini memberitahu kepada pasangan anda bahawa ada ruang yang senentiasa tersedia untuknya.

"AKU SANGAT MENYESAL" Menunjukkan sikap yang manusiawi sekali, bahawa dalam beberapa ketika kita telah melakukan kesalahan atau kesilapan.

"KUMOHON MAAFKAN AKU" Kita selalu ingin dimaafkan untuk setiap khilaf dan kesalahan.

"TERIMA KASIH BANYAK" Ucapan syukur atas kebaikan pasangan.

"BAGAIMANA KHABARMU, SAYANG" Kesihatan adalah kekayaan yang tak ternilai. Tunjukkan bahawa anda sangat peduli terhadap pasangan. Kepeduliannya adalah seperti diri sendir.

"AKU CINTA KAMU" perkataan yang paling sakti di dalam hubungan rumahtangga. seharusnya semakin lama bahtera rumahtangga, emakin kita terbiasa mengucapkan perkataan ini walau dalam keadaan tertentu. Tiada yang biasa mengalahkan anugerah cinta. Tiga kata atau perkataan ini akan menyakinkan pasangan pasangan bahawa mereka sangat diperlukan atau dubutuhkan dan diinginkan dalam kehidupan anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan